Mengikut 5 tahun pengalaman kami dalam membekalkan oxygen concentrator, kebiasaan soalan yang akan ditanya ialah “Saya patut beli atau sewa saja?”
Sebenarnya,
beberapa keadaan yang kita tengok sebelum memberi cadangan kepada pelanggan.
Antaranya ialah :
1. Penyakit kronik yang sukar sembuh.
Contohnya, pesakit
kanser paru-paru. Bagi penyakit seperti ini kami cadangkan beli sahaja. Lebih
selesa nak pakai sebab akan pakai lama.
2. Pesakit uzur sebab tua. Dicadangkan beli sahaja mesin ini kerana ia sangat berguna sebagai memberi keselesaan kepada pesakit.
Pesakit mungkin
akan menggunakan mesin oksigen selama 5tahun. Dalam hal ini, harta yang
ternilai ialah kesihatan. Jika ada kemampuan, sepatutnya lebihkan berbelanja
untuk dapatkan kesihatan yang baik. Apa gunanya ada harta dan duit yang banyak,
tapi sukar bernafas, hidup jadi tidak tentu arah juga.
3. Penggunaan oksigen hanya untuk masa yang singkat. Contohnya, ibu mengandung.
Kadang-kadang, ibu
mengandung mempunyai kadar oksigen dalam badan rendah dan mesin oksigen hanya diperlukan
untuk penggunaan pada waktu malam, sebelum tidur sahaja. Dalam kes macam ni, dicadangkan
sewa sahaja.
Anda
perlukan bantuan, hubungi Mya 014-2341948 untuk saya bantu anda pilih.
Mya
Pakar
Pernafasan Anda
No comments:
Post a Comment